
Membina Masa Depan Bersama
HH Global Enterprise
HHGE adalah syarikat 100% milik Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan PKK. Kami pakar dalam kerja-kerja penyelenggaraan mekanikal dan elektrikal serta kontraktor binaan.
Komitmen kami adalah terhadap kualiti, keselamatan, dan kepuasan pelanggan.
PENGENALAN
HH Global Enterprise (HHGE) telah ditubuhkan pada 21hb Oktober 2019 di bawah akta Syarikat 1956 sebagai sebuah syarikat milikan tunggal bagi menjalankan aktiviti utama sebagai kontraktor binaan serta kontraktor TNB bagi aktiviti penyelenggaraan yang melibatkan mekanikal dan elektrikal.
Kini HHGE telah berdaftar gred G1 dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan berstatus Bumiputera.
HHGE adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang dimiliki oleh Hasriza Binti Hashim. Dengan pengalaman sebagai peneraju utama HH Global Enterprise beliau begitu optimis untuk meneruskan kejayaan dan pencapaian dalam bidang yang diceburi terutamanya dalam sektor pembinaan.
Selaras dengan perkembangan teknologi dan cabaran baru dalam ekonomi global, HHGE akan sentiasa bersikap positif dan proaktif agar terus mantap dan berdaya maju.

OBJEKTIF
Menjadi sebuah syarikat pembinaan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan berdasarkan piawaian dan standart yang di tetapkan.
VISI
Menjadi sebuah syarikat kontraktor Bumiputera yang berjaya dan di percayai di dalam bidang pembinaan selaras dengan seruan kerajaan.
MISI
- Melaksanakan dan memberikan mutu kerja yang terbaik sepanjang projek dilaksanakan.
- Menerapkan budaya integriti yang terbaik di kalangan staf.
- Melaksanakan tugas dengan lebih baik dan lebih cekap yang mampu memberikan keuntungan kepada syarikat.









